Posts

Showing posts from May, 2020

Sebulan Tetamu Terperangkap di Kota Bharu, Kelantan

Image
Alkisahnya.. tetamu #homestaykotaharu #MprivacySuite dari kepualauan Borneo pada mulanya tempah untuk percutian satu minggu di Kelantan sempena cuti sekolah bersama anak cucu disamping 'balik kampung' lama kerana beliau pernah belajar dan berkahwin dengan #GadisKelantan. Namun ajal maut, jodoh dan rezeki kan rahsia Allah, kita hanya mampu merancang. Ditakdirkan isteri beliau yang berdarah Kelantan meninggal dunia lebih awal di bumi Borneo. Begitu juga dengan anak lelaki tunggal mereka. Sedih kan.. tiada siapa-siapa lagi, yang tinggal hanya kenangan. Alhamdulillah beliau menemui cinta baru di negeri kelahirannya dan dikurniakan anak cucu dengan isteri baru. Apa pun kenangan cinta pertama tersemat dalam ingatan dan hubungan kekeluargaan dengan bekas ipar duai di Kelantan terus dijaga dengan baik. Pasti banyak kenangan bersama sebagai sebuah keluarga besar dulu-dulu kan? Jadi ini kali pertama beliau membawa isteri baru dan anak cucu melawat Kelantan.. jadi kami pun teruja dan